banyak betul aktiviti2 selingan yg berlaku kebelakangan ni.aku rasa dah 2minggu setiap malam pun aku keluar tapi entah kenapa tak rasa letih langsung haha.
mari mulakan perjalanan dengan even MSL di Padang Astaka,Petaling Jaya.demi semangat sepasukan yg tinggi, aku, Ramiza dan Kasridona pergi menziarah rakan2 Sally Cinnamon yg berjuang dalam Division 4 MSL.walaupun status mereka hanyalah KALAH BALIK tapi rilek sudah,mana ada orang sekali main terus naik podium.
lepas itu kami pergi mencari penghawa dingin (baca : hawa yg dingin) di Amcorp Mall lalu terjumpa dengan kamera model retro.
[sekejap tengah fikir susunan event]
next ialah popcorn night bersama Sayangness, Mek,Melur,Kasridona dan Ramiza menonton Papadom bersama2.kasihan Kamil juga mahu join tapi tiket dah habis takpe Kamil,nanti kita tengok Pisau Cukur bersama2 ya haha.

Kamil dan Muz tiba agak lewat di mana kedai cupcakes pun sudah tutup makanya kami pun pergi lepak di mamak sahaja sambil mengajak cik YanieJellyLullaby untuk ikut bersama.ya,penat sungguh ketawa malam tu.
[sekejap tengah fikir lagi apa yg seterusnya]
ahha.lepas itu Akmal pulak ajak makan chicken chop di Kampung Baru.kami makan bersama2 dengan Adi,Ayin,kawan Ayin yg perempuan dan kawan Ayin yg lelaki sumpah aku tak ingat nama.kami seperti biasalah bertiga.muka dalam gambar konsisten je.belajar pun tak konsisten macam ni apahal pulak kan haha.

next tu ada acara makan spaghetti yg diimport khas dari Melaka tapi gambarnya ada dengan Khairi maka nanti lah aku update.ok mari ramai2 cakap "Terima Kasih Ujie bagi Spaghetti!~".seperti biasa gambar juga konsisten.


malam last sebelum Don balik,kitorang makan dekat SS2.di malam itu jugak aku terpaksa pulangkan Odette.oh kecewa.aku baru bersemangat nak belajar main gitar nanti Don balik boleh eksyen dengan dia aku dah pandai main gitar.siap dah print chord gitar untuk memulakan hobi baru tapi apakan daya jodoh aku dengan gitar tiada.tsk 3x.
aku rasa selagi tak penat selagi tu la kami yg kuat berjalan ni akan berjalan.sebagai contohnya boleh pulak Khamis malam Jumaat pergi beli belah dekat Ikea?pukul 9 pulak tu baru start tolak trolley.tak logik kan?tapi itulah yg kami buat siap Ramiza dan Khairi borong satu trolley.
aku tak beli apa2 pun.tak.takde pape pun kecuali fleet,bantal dan jam dinding.itu je.mana ada apa pun haha.
lupa nak cakap,met Mek di sana sebab dia pergi dengan kawan2 dia lalu beriya2 mahu jumpa kami di sana bila kami bagitahu kami mahu ke sana haha.Mek, I know you miss me,jangan obvious sangat boleh tak?HAHA
by the way,meatballs dekat Ikea sedappppp.batak sedikit sebab baru first time makan dekat sana nak order macam mana pun tak tahu.nanti kita pergi makan lagi ya?tak puas la hari tu rushing.
lepas itu kami membawa diri ke A&W 24hours di PJ.itu pun terpaksa pusing satu daerah Petaling Jaya dulu dengan driver berhemah iaitu Kamil.makan2,minum2,ketawa2 sambil Kamil melarang Khairi beli speedo dengan sungguh beriya aku dengan Ramiza nak beli two-pieces dia tak cakap apa pulak.
gambar di bawah masa aku nak pergi kerja esoknya dan Mek saing dengan aku balik UIA.
cuba teka cuba teka.Mek tido dengan aku lah malam tu haha.dah jadi rumah kedua ye Mek?HAHA.sila2.kalau ko tahan semak bilik aku ni,jangan segan silu datang lagi ya.haha.
aku nak balik Sentul esok ada kenduri.
ok taa.syusyu.


2 expressed their thoughts:
haha.. yehh.. byk nye gambo aku.. kekeke.... kalau aku tak thn aku tak dtg for the second time la syg. hahaha... nntikan kedatangan aku tiga empat lima dan entah byk kali lg.. =)
Post a Comment